Kami bersarapan di hotel jam 6.30 pagi.
Dengan menaiki van, jam 7.10 pagi kami menuju ke satu kawasan peranginan yang dinamakan Grojogan Sewu di Tawangmangu. Grojogan Sewu adalah bahasa Jawa yang bermaksud air terjun seribu. Perjalanan memakan masa lebih 1 jam.
Hampir sampai ke puncak kami melihat begitu ramai orang berkerumun. Kami sangkakan ada pesta memandangkan hari ini adalah hari minggu. Rupanya ada sebuah bas yang tergolek di tebing bukit. Lokasi kejadian memang tidak memungkinkan sebuah jentera pengangkut datang dan mengangkat bas tersebut. Apa yang dilakukan adalah mengetuk dan mengumpil dinding bas, tentunya untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalamnya. Kami membuat kesimpulan sendiri. Kedudukan bas itu seolah mahu turun ke bawah, bermakna semua penumpang sudah turun di puncak untuk ke Grojogan Sewu. Kami berharap tidak ada sesiapa di dalam bas tersebut kecuali pemandu dan konduktor. Rasa sangat kasihan sekiranya ada kanak-kanak terperangkap di dalamnya.
Sampai di puncak, van perlu menuruni bukit curam untuk sampai ke pintu masuk kawasan air terjun. Saya memejamkan mata kengerian, bimbang van jatuh terjunam.
Rupanya untuk sampai ke air terjun @ grojogan, kami perlu mendaki bukit dan menempuh perjalanan yang agak jauh. Memandangkan usia kami berada dalam kategori otai, kecuali menantu saudara abang usu, termengah-mengahlah kami mendaki bukit tersebut.

Dari jauh lagi sudah kedengaran "riuh" bunyi air terjun. Bertambah teruja kami dibuatnya. |
Kami berhenti sebentar, melepaskan lelah mendaki bukit.....Pak Usu yang nampak sangat capek..hehehe.... |
Memang sangat menakjubkan! Saya ingin mengambil gambar sepuas hati,
namun kemilau sinar matahari yang datang dari sebalik pepohonan tinggi,
membuat mata saya kesilauan. Ditambah dengan tiupan angin yang dingin
dan mendamaikan, membawa percikan air terjun ke arah kami, membuat saya
berulangkali mengelap lensa kamera kecil saya.
Setelah lebih sejam kami berada di sini, terpaksalah kami turun kembali untuk rencana kami seterusnya.
Ikutkan hati mahu saja saya berkelah dan berlama-lama di sini, bermain
air....namun kekangan waktu memaksa saya meninggalkan tempat indah ini,
tempat yang barangkali tidak akan saya jejak lagi.
Di puncak ini juga terdapat beberapa orang peniaga yang menjual sate ayam dan arnab (kelinci). Memandangkan tidak ada di antara kami yang teringin menikmati sate, mungkin disebabkan perut yang masih kenyang, kami meneruskan perjalanan.....turun semula ke bawah.
11.00 pagi kami berada di Pasar Beteng, Solo. Wak mahu menambah oleh-olenya untuk diberi kepada anak menantu. Wak mahu membeli telekung lagi. Kalau semalam kami membeli telekung di Pasar Klewer, hari ini kami mahu membeli di Pasar Beteng pula sebab kami dimaklumkan banyak kedai yang tutup pada hari minggu di Pasar Klewer.
Tidak banyak kedai menjual telekung, ditambah dengan masa yang suntuk, cuaca pula begitu panas, kami bergegas keluar dari pasar dan kembali ke hotel. Kami singgah di Restoran Kinasih untuk makan tengahari. Kami memesan menu yang hampir sama dengan makan malam kami semalam, cuma ditambah dengan sapi masak lada hitam.Hmm.............sedap!
12.30 tengahari kami kembali ke bilik penginapan kami, berkemas dan solat. Tepat jam 1 tengahari kami check-out. Petang ini kami kembali semula ke Malaysia...................
Antara kesimpulan yang saya perolehi sepanjang kembara kami ini, ada risikonya bila kita melancong secara persendirian tanpa "ilmu". Selain beberapa kali "diperdayakan", kami juga kekurangan maklumat tentang tempat-tempat bersejarah yang seharusnya kami lawati. Dalam hal ini, saya kira adalah salah kami sendiri kerana tidak membuat persiapan awal dengan mendapatkan maklumat dari internet atau risalah pelancongan. Cuma Fara sempat mencatatkan tempat-tempat menarik di Solo, tapi tidak di Surabaya. Saya sendiri dihambat kesibukan dengan tugas-tugas di pejabat menjelang pemergian kami ini.
Selain itu kami sebenarnya kekurangan masa memandangkan ada 3 tempat yang kami tuju : Ponorogo (inilah tujuan utama kami - menjejak saudara kami), Surabaya dan Solo. Jarak antara ketiga-tiga tempat ini memang jauh. Saya mengibaratkan perjalanan kami ini umpama dari Port Dickson ke Kuantan, kemudian ke Pulau Pinang dan balik semula ke Port Dickson atau mungkin lebih jauh lagi. Bezanya di Malaysia kita akan melalui lebuhraya yang selesa, tetapi semua tempat yang saya kunjungi itu melalui jalan raya biasa dan dua hala.
Pemandu kenderaan akan selalu membunyikan hon, bukan kerana marah sebaliknya untuk memberitahu atau meminta laluan. Saya sempat memerhatikan wajah pemandu-pemandu bas yang saya naiki melalui cermin di depan pemandu, semuanya berwajah ceria, tidak ada yang marah-marah. Walaupun cara pemanduan agak bahaya, saya beranggapan itulah cara mereka memandu. Alhamdulillah kami semua selamat.
Setakat ini tidak dapat saya jangkakan sama ada saya akan kembali mengunjungi tempat itu lagi. Memang ada rasa sedikit terkilan kerana tidak sempat sampai ke salah satu tempat menarik iaitu Makam Wali Songo. Indonesia yang sangat luas itu menjanjikan banyak tempat untuk dikunjungi. Mungkin saya akan membawa anak-anak ke Bandung selepas ini atau mungkin ke Medan dan Padang.

Salam perkenalan.
ReplyDeleteSuatu perjalanan yang menarik menjejaki leluhur. Di Surabaya, puan boleh melawat sunan Ampel iaitu salah seorang daripada wali songo.
Salam perkenalan kembali...
DeleteMasa agak terbatas sebenarnya....Tak mengapalah, mana tahu satu hari nanti saya akan ke sana lagi.
Hmm, tadi baca semula entri-entri lama.... layout macam dah lari, gambar tak begitu tersusun.
ReplyDeleteBaru ni sy ubah sikit "design" blog ni. sy bukan mahir sangat, tu yang jadi macam ni agaknya.
Maaf kepada sesiapa yang membaca, terima la kekurangan saya ini seadanya