Kami tiba di stesen bas Surabaya jam 6.45 petang. Wah....pemandu teksi datang menyerbu kami, pastinya kerana melihat kami dengan bagasi.
Abang Usu memilih teksi biru @ Bluebird dan seperti sebelumnya saya menaiki teksi dengan adik saya K dan wak. Kami dibawa ke sebuah hotel yang agak jauh dari bandar Surabaya. Abang Usu dengan penuh yakin menempah 2 bilik dengan kadar sewanya 180,000 Rupiah sebilik. Biliknya di tingkat 1. Masuk saja ke bilik, saya dan Yah berpandangan sesama sendiri. Teruknya bilik ni, malah di luar bilik kelihatan seperti rumah tumpangan saja. Nyamuk pula banyak....
Rasa menyesal pula tidak melihat bilik terlebih dahulu. Namun kami dimaklumkan oleh abang Usu, berlaku salah faham dengan pemandu teksi. Kami sebenarnya meminta dibawa ke hotel di tengah bandar Surabaya. Peliknya pemandu teksi menjawab - tidak ada hotel di bandar! Mungkin pemandu teksi tidak memahami maksud "bandar" yang kami tuturkan. Bayangkanlah kami berada begitu jauh dari tempat yang kami sebenarnya mahukan.
Lepas solat jamak ta'hir, kami mencari tempat makan. Dalam keletihan, dengan tubuh yang melekit, perut perlu juga diisi. Akhirnya kami bertemu sebuah kedai makan nasi padang. Walaupun lauknya hanya tinggal sedikit, cukuplah buat kami.
Kembali ke hotel untuk mandi dan tidur.........sukarnya mahu melelapkan mata disebabkan serangan nyamuk, dengan saiznya yang besar dan bilangannya yang boleh tahan banyak.........hmm....dugaan....
24 Februari 2012
Seawal jam 8 pagi, selepas bersarapan sekadar roti dan teh O, kami check-out dan mencari teksi untuk ke bandar Surabaya. Begitu banyaknya hotel di bandar ini. Abang Usu bercerita dengan kami yang wak tidak dapat tidur kerana keadaan bilik yang tidak selesa, begitu juga dengan adik saya K. Abang Usu sendiri nampak terkilan kerana menyewa bilik yang sebegitu.
Pemandu teksi membawa kami ke Hotel Paviljoen (orang di sini menyebutnya Paviliun), sebuah hotel lama tetapi begitu mendamaikan. Salah satu yang membuat saya tertarik dengan hotel ini adalah kerana ada kolah air. Inilah kali pertama saya menginap di hotel yang ada kolah air sebegini.
Petangnya kami berjalan-jalan di pekan Surabaya.....
gedung ini barulah saya tahu maksud "jempe" @ J-M-P....
Malam ini di kawasan depan hotel, sepatutnya ada pasar malam, namun kerana hujan turun dengan agak lebat, tidak ada orang berniaga kecuali gerai makan dan menjual pakaian seperti t-shirt dan jeans.
Salah satu gerai makan betul-betul berada di depan pintu pagar hotel. Kami meninjau-ninjau menu yang dijual. Ada ikan bakar, cumi goreng tepung, udang goreng tepung..........Perut mula memanggil-manggil...... Kami memesan ikan bakar yang begitu besar, kangkung goreng dan udang goreng tepung. Makanan dihantar di depan bilik kami.........Berebut-rebut kami menghadap hidangan mengalahkan anak-anak kecil, sehingga terlupa untuk mengambil gambar ikan bakar yang begitu lazat. Dan seperti biasa harga makanan memang menakjubkan....hanya 145,000 rupiah!! Kalau di Bangi, dengan saiz ikan yang begitu besar pasti harganya sekali ganda. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan ALLAH.
Selepas makan kami berjalan-jalan berhampiran hotel dan membeli makanan kering sebagai ole-ole. Di sini banyak menjual ikan bandeng yang rupanya seperti ikan salai. Namun satu perkara yang membuat saya kurang selesa apabila serunding b*** dijual berdekatan dengan serunding ayam dan daging.

Pagi 25 Februari 2012
Sedang kami bersarapan di ruang depan bilik hotel kami, "jiran" sebelah menegur kami dan menyatakan yang sarapannya belum sampai lagi. Kami mempelawanya bersarapan dengan kami. Belum sempat dia menjawab pelawaan kami, petugas hotel datang sambil menatang hidangan untuk jiran kami itu.
Dia membawa makanannya ke meja kami dan bersarapan bersama. Beliau seorang penulis dan sedang menulis mengenai pandangannya terhadap budaya masyarakat Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Kami kagum dengan kepetahannya berbahasa Indonesia. Beliau juga pernah ke Malaysia dan mempunyai kenalan di Shah Alam.
Dia bertanya tentang poligami di Malaysia. Sambil berseloroh beliau bertanya - tidak bolehkah wanita juga buat perkara yang sama, memiliki lebih daripada seorang suami? Hahaha....
No comments:
Post a Comment