Hari Isnin lepas saya dihantar berkursus di pusat latihan di Bangi... Saya, bila dapat peluang berkursus di Bangi memang gembira sangat. Sebabnya rumah saya dekat dengan pusat latihan dan yang pasti saya tidak perlu meredah kesesakan lalulintas untuk ke pejabat yang biasanya memakan masa satu jam atau lebih.
Pagi Selasa, sampai je di ofis, hmm............ banyaknya keja atas meja!! Petangnya, tanpa pengetahuan sesiapa saya membawa balik sebahagian kerja-kerja saya untuk saya sambung buat di rumah. Walau pun saya tidak suka menggunakan masa yg sepatutnya saya luangkan bersama keluarga untuk membuat perkara lain, saya tak ada pilihan. Saya tak senang hati bila kerja saya lambat saya siapkan. Lebih daripada itu saya tidak mahu mengecewakan orang lain yang mahukan tuntutan mereka dibayar dengan segera. Memang saya diberi tempoh masa yang cukup untuk melaksanakan kerja saya, iaitu 14 hari (dikira termasuk Sabtu & Ahad) untuk setiap tugasan, namun lumrah manusia, mahukan semua benda-benda kebaikan (seperti imbuhan, duit, gaji, bonus...) diterima dengan cepat.
Hal ini berterusan hingga ke petang Khamis. Saya bersengkang mata hingga ke tengah malam menyiapkan sebahagian kerja saya.
Petang semalam, walau pun bebanan kerja di atas meja sudah banyak susutnya, saya masih membawa sebahagiannya pulang ke rumah. Cuma bezanya saya tak perlu menyiapkannya malam tadi.
Malam tadi memang saya jadikan waktu untuk saya betul-betul berehat. Usai makan malam dan solat Isyak, sekitar jam 9.30 malam saya sudah berbaring di katil. Hati meronta-ronta mahu membaca majalah yang baru saya beli. Saya selak-selak helaian majalah dan melihat topiknya, kemudian saya simpan dan.... tidur....
Pagi ini saya bangun dengan gembira....
Selepas beberapa jam berlalu, saya masih di sini, di depan komputer ini....
No comments:
Post a Comment