Pernah sekali kami menginap di Hotel Putra Iskandar, bilik untuk bertiga. Biliknya boleh tahan, sesuai untuk tidur dan merehatkan badan, namun untuk melepak lama-lama dan makan di dalam bilik, tidak begitu sesuai disebabkan ruangnya yang agak sempit.
Suami lebih suka kami tinggal di homestay @ rumah tamu. Dengan kos yang sama, kami boleh menyewa satu unit rumah dua bilik atau kalau bernasib baik boleh dapat rumah tiga bilik.
30 Disember yang lepas, kami menginap di Adilah Rumah Tamu.
Mulanya saya menghubungi pemilik Nayli Homestay untuk menyewa homestay tersebut di Bandar Universiti Seri Iskandar. Sudah dua kali kami menginap di situ. Puan Rosnani memaklumkan homestay tu sudah ada yang menempahnya. Saya tahu ada satu lagi Nayli Homestay berdekatan dengan UiTM, tetapi harganya mahal sedikit sebab ada 3 bilik. Memandangkan ahli keluarga kali ini tidak ramai, saya menganggap tidak perlu untuk menyewa 3 bilik.
Mungkin kerana sudah "kenal", Rosnani menawarkan kami rumah 3 bilik itu dengan kadar sewa yang sama dengan rumah 2 bilik di Bandar U.
Rupanya nama homestay tu adalah Adilah Rumah Tamu, terletak di Persiaran Iskandar Perdana, Bandar Teknologi Seri Iskandar.
Bilik utama, ada kipas siling dan pendingin hawa. Saiz bilik ni memang luas, boleh bentang toto besar di lantai sekiranya ada anak-anak kecil yang mahu tidur bersama. Ada almari pakaian tiga pintu, seterika dan ironing board. Ada toto dan selimut dalam almari, boleh diambil dan digunakan sekiranya perlu. Juga ada bilik air sendiri.
Bilik kedua menempatkan satu katil bujang. Ada kipas siling.
Bilik ketiga.
Di dapur ini disediakan peralatan memasak. Sesiapa yang rajin, bolehlah membeli bahan-bahan mentah untuk dimasak. Saya tidak pernah lagi memasak di mana-mana homestay. Saya mahu merehatkan badan.
Ada satu bilik air berdekatan dengan dapur. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan keadaan rumah tamu ini. Memanglah tidak secantik kediaman sendiri, namun untuk menginap satu atau dua malam atas urusan sebegini, tempat ini adalah memadai.
Pertama kali berurusan dengan Puan Rosnani melalui telefon adalah ketika mahu menghantar Adina mendaftar untuk semester pertama Jun 2012 di UiTM. Beliau meminta saya memasukkan deposit sewa ke dalam akaun BSN miliknya. Menurutnya beliau pernah melalui pengalaman menerima tempahan namun tiba hari yang dijanjikan, orang tersebut tidak datang sedangkan ramai lagi yang menghubunginya sebelum itu untuk menempah homestaynya.
Mulanya saya terasa hati bila dia memberi saya "dateline" untuk memasukkan wang ke akaunnya. Sudahlah saya sibuk di pejabat, BSN pula jauh. Namun untuk mempastikan saya ada tempat tinggal semasa urusan pendaftaran Adina nanti, saya luangkan masa berkejar ke BSN.
Itu hanyalah untuk kali pertama sahaja. Untuk tempahan seterusnya, urusan menjadi lebih mudah, adakalanya Rosnani hanya datang ketika kami mahu check-out, malah untuk kali ini, oleh kerana 30 Disember 2012 adalah hari bekerja, Rosnani hanya minta saya tinggalkan duit sewa di rumah. Beliau akan datang mengambil selepas habis waktu pejabat. Semuanya atas dasar kejujuran.....
Salam...kalau2 nak cuba h.stay saya , boleh klik link ini:
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/homestayamsyarahbandarseriiskandar?ref=hl
Inshaa ALLAH.
DeleteTerima kasih.