
Dah lama saya nak tulis pasal homestay ni, manalah tahu boleh membantu sesiapa yang mencari homestay di sekitar UiTM Seri Iskandar.
Bila anak kedua saya dapat tawaran belajar di UiTM Seri Iskandar dan perlu mendaftar seawal jam 8.00 pagi pada 2 Jun 2012, yang terlintas dalam fikiran saya adalah mencari tempat penginapan untuk bermalam. Sibuk la saya bertanya kawan-kawan yang tahu mengenai Seri Iskandar, mana hotel yang terdekat.
Hotel Putra....sudah penuh. Kalau tidak silap saya itulah satu-satunya hotel yang paling dekat dengan UiTM. Hotel lain banyak di Lumut dan Ipoh. Lumut ke Seri Iskandar mengambil masa dalam 1 jam. Begitu juga dengan Ipoh.
Dalam tercari-cari, seorang kawan mencadangkan agar menginap di homestay. Sewanya murah dan lebih selesa dibandingkan bilik hotel. Melalui laman web saya mencari-cari senarai homestay yang ada. Bagusnya laman web UiTM Seri Iskandar ini kerana memasukkan senarai hotel dan homestay yang berhampiran.
Empat lima homestay yang saya hubungi sudah penuh.
Akhirnya saya dapat homestay ini....Nayli Rumah Tamu di alamat 48, Jalan Bandar U8, Bandar Universiti Seri Iskandar. Jaraknya dengan kampus UiTM adalah dalam 5 minit perjalanan.
![]() |
Ruang tamu yang bersambung dengan set meja makan. |
![]() |
Ini bilik utama, ada aircond dan kipas angin, juga sebuah almari pakaian. Biliknya luas, boleh lagi kalau nak bentang toto saiz besar kat bawah untuk anak-anak tidur sebilik. |
Rumah ini ada 3 bilik tapi satu bilik berkunci. Maknanya hanya dua bilik tidur yang boleh digunakan. Saya lupa mengambil gambar bilik kedua yang menempatkan dua katil bujang. Bilik ini tidak ada aircond tapi ada kipas siling.
Dapurnya juga agak luas. Ada peralatan memasak yang asas. Ada 2 bilik air, satu untuk mandi sahaja dan satu untuk "buang air".
Untuk makluman juga, rumah ini berdekatan dengan surau. Memang mudah kepada yang mahu solat berjemaah di surau.
Sewanya RM130 untuk satu malam. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Puan Rosnani di talian yang tertera dalam gambar di atas.
Saya baru aje check out dari nayli rumah tamu lupa nak ambik gambar. Homestay ni memuaskan seperti yang diceritakan. Tuan rumah belum dpt berkenalan dgn rapat.
ReplyDelete