Sunday, March 20, 2011

Jalan-jalan ke Pulau Pinang

Selepas lebih 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Pulau Pinang, pertengahan tahun 2005 kami sekeluarga bercuti ke sana. Kami menempuh pengalaman yang agak tidak menggembirakan. Peringkat awal lagi kami mengalami kesukaran untuk mencari tempat penginapan yang kami tempah, 1 unit kondo 2 tingkat yang disediakan oleh majikan, khas untuk staf. Rupanya kedudukannya yang agak ke dalam membuatkan kami terlepas pandang.

Kami juga kerap tersesat jalan. Pada kami tunjuk arah yang disediakan tidak mencukupi. Bayangkan kami telah jumpa tunjuk arah untuk ke Bukit Bendera. Namun selepas beberapa lama perjalanan, kami tidak nampak lagi tunjuk arah. Kami kehilangan punca. Berpusing-pusing la kami mencarinya sehingga melepasi waktu yang kami rancangkan. 

Kalau perancangan awal kami sepatutnya meninggalkan Pulau Pinang jam 3 petang, jam 2.30 kami masih beratur menunggu giliran untuk menaiki tren ke Bukit Bendera!

Pengalaman itu membuatkan kami tidak ada keinginan lagi untuk ke sana, ditambah dengan pengakuan seorang kawan yang telah 5 tahun menetap di sana yang mengatakan sistem jalanrayanya kurang "menarik"........

Mac 2011, salah seorang ofismate hb mahu berkahwin dan menjemput kami datang. Hmm....kawan rapat takkan tak pergi kan? Tetapi bukan di pulau sebaliknya di Bukit Mertajam. Saya pun mencadangkan agar kami ke pulau dahulu, kemudian baru menghadiri kenduri sebelum bertolak balik ke Bangi.

Saya dan hb mengambil cuti 2 hari dan bertolak ke Pulau Pinang pada 17 Mac 2011. Kami menginap di Hotel Royal Penang. Seperti yang pernah kami alami 6 tahun yang lalu, beberapa kali kami tersesat jalan, terutamanya di waktu malam. Walau pun siangnya kami dah melalui tempat tersebut, bila kami mahu ke sana pada waktu malam, kami tersilap jalan lagi....

Petang hari pertama kami sampai, kami berjalan-jalan di gurney drive







Di lobi Hotel Royal Penang


Pagi ini kami berjalan-jalan ke pantai Batu Feringhi.



 Petangnya kami ke pasar Chowrasta.

 
 
Sebelum balik ke hotel, kami meronda-ronda, mencari lokasi Restoran Line Clear. Kalau kali pertama dulu kami tidak pergi ke restoran tersebut, kali ini teringinlah juga nak merasa nasi kandar yang selalu disebut-sebut orang.
Tak disangka-sangka kami tersesat. Dua kali pusing di kawasan itu masih tak jumpa. Masing-masing macam dah hilang mood.

Akhirnya jumpa juga.

 
Masuk je kedai ni, orang sedang beratur. Panjang la jugak. Kami pun ikut beratur. Bila dah semakin dekat....hmmm.....(Terus-terang, saya bukanlah peminat nasi kandar).



Bila melihat keadaan ini, selera saya hilang......Tapi memandangkan hb dan anak-anak tak ada masalah, saya teruskan juga.



Ni nasi dan lauk saya....saya memang peminat sotong sejak dari zaman kanak-kanak, sebab tu kolestrol dalam badan saya tinggi....


Pagi 19 Mac 2011.
Kami check-out jam 11 pagi dan terus bergerak ke Taman Kota Lama, sekadar melihat-lihat tempat orang.


 
 
 
 
 

Sekitar jam 12.15 kami bertolak ke rumah pengantin.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di sebuah restoran tidak jauh dari tol Changkat Jering untuk makan mi udang.

 
 
 





No comments:

Post a Comment