Hari
ini hari pertamaku di Jabatan K………
Hmm……….nasibla……..kebetulan
1hb ini jatuh pada hari Isnin dan ada program perhimpunan bulanan.
Selepas
bersalaman dengan setiausaha big boss, aku dipelawa duduk di tempat menunggu
dan tak lama kemudian seorang lagi staf yang sama-sama melapor diri di sini,
muncul di depan mata. Adam, seorang kawan lama yang telah aku kenal
bertahun-tahun dulu malah pernah berjiran denganku di awal perkahwinan aku
dulu.
Bila
pengumuman melalui siaraya berkumandang, kami satu jabatan berkumpul di ruang
legar dan sama-sama menyanyi lagu Negaraku diikuti dengan lagu rasmi
organisasi.
Seperti
yang aku jangkakan (dan sangat aku risaukan), selepas big boss menyampaikan
‘amanat’, staf yang baru melapor diri dijemput ke depan untuk memperkenalkan
diri……….Aduhhh..!! Mujur Adam dengan rela hati menjadi orang yang pertama
memperkenalkan diri.
Oleh
kerana aku memang ada penyakit darah gemuruh yg sangat kronik, maka ucapan
pengenalanku sangat ringkas, malah seperti tak terluah dari mulutku. Mujur big
boss (namanya En Ghaus) tidak menyoal apa-apa, lagipun dia sudah mengenali aku.
Selepas
itu En Karl, salah seorang pegawai kanan di sini, membawaku ‘tawaf’ satu
jabatan dan bersalaman dengan semua staf wanita yang kukira lebih 50 orang,
kemudian aku ditunjukkan tempat duduk aku.
Maka
bermulalah dunia baruku……….
Hari
yang berlalu penuh dengan kebosanan. Belum ada kerja yang diberikan kepada aku,
sebaliknya aku diminta membaca ‘Manual Operasi’, perkara yang sangat tidak aku
sukai….. Orang lain sibuk dengan tugasan masing-masing.
Oleh
kerana tempatku paling tepi, sebelah kanan dan paling depan, jiran terdekat
yang ada hanya di sebelah kiri aku. Meja belakang kosong. Di depan aku, sebelah
kanan sedikit adalah Encik Halim, pegawai kanan yang juga penyelia aku yang
sebenar.
Di
depan aku ada 3 sederet wanita berjawatan Penolong Pegawai Kewangan, di mana
seorang daripadanya akan mengatur dan mengagihkan tugas-tugas untuk aku.
Ramai
juga yang memang sudah lama aku kenal, termasuklah jiran di kiriku, seorang
lelaki, Bidin, berusia 54 tahun. Bidin la yang menunjuk ajar aku kerja-kerja
yang sepatutnya aku lakukan.
Bidin
sangat peramah. Hmm….sudah semestinya aku mengawal tingkah laku aku supaya
tidak dilihat “over” oleh orang lain, lebih-lebih lagi oleh Bidin. Wanita
seusia aku sewajarnya menjaga tatasusila dengan sebaiknya. Kalau sebelum ini,
sebaik aku mendapat tahu harus berjiran dengan Bidin, aku rasa kurang gembira,
kini aku perlu berterima kasih pada Bidin kerana dialah yang ringan tulang
membantu, menurunkan ilmu dan menjadi teman berbual aku…….
Aku
sangat berharap aku akan “bahagia” di sini sebagaimana bahagianya aku sebelum
ini di Jabatan KK, juga di beberapa tempat lain sebelum ini. YA ALLAH,
ENGKAULAH YANG MENGETAHUI ISI HATIKU….ENGKAU YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA
PENYAYANG.