Sunday, January 6, 2013

Lost World of Tambun

29 Disember 2012

Sudah lama kami merancang untuk ke sini, sejak Adina melanjutkan pengajiannya di Negeri Perak Darul Ridzuan. Selama Adina belajar di sini, kami bercadang untuk melawat banyak tempat menarik di negeri ini, insyaALLAH.

Kami menempah tiket secara online. Kami hanya membeli tiket untuk:  

TICKETS FROM RM32.30
RM38.25 (Adult)
RM32.30 (Child) (12 years old and below)
RM32.30 (Senior Citizen) (55 years old and above)


Ticket inclusive of:
Access to Lost World Amusement Park, Lost World Water Park, Lost World Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost World Tin Mining and Lost World Hot Springs & Spa

Kami sampai sekitar jam 10.40 pagi. Cuaca sudah mulai panas....hmm....gelaplah muka nanti....
 

 Beratur untuk mengambil "gelang"...

 
 
Setelah menukar pakaian, Adina beratur untuk menyewa pelampung. RM25 untuk satu pelampung termasuk RM10 deposit yang akan dikembalikan nanti. Malangnya, lagi satu gilirannya sampai, pelampung habis!! Memang hampa sangat.

Kami mula masuk ke kolam air panas yang berdekatan dengan kaunter. Adina masih tidak puas hati. Dia kembali ke kaunter untuk menunggu kalau ada orang mengembalikan pelampung. Lama juga dia menunggu sampai petugas kaunter tu cam muka Adina. Orang lain yang bosan menunggu akan meninggalkan kaunter. Agaknya kerana simpati dengan kesabaran Adina, bila ada orang memulangkan pelampung, terus diberikan kepadanya, sementelah hanya Adina seorang yang tidak berganjak dari situ.

Maka bermulalah pesta mandi-manda....





Memang ada peraturan yang tidak membenarkan pengunjung memakai seluar sukan, tetapi kita akan dibenarkan masuk, cuma untuk bermain gelongsor seperti gambar di atas, hanya yang memakai pakaian mandi yang sempurna yang akan dibenarkan menaikinya. Pakaian renang muslimah juga dibenarkan, yang dilarang adalah seluar yang longgar atau terlalu tebal seperti jean.

Oleh kerana seluar yang dipakai oleh Adina dan Nadia adalah seluar sukan yang longgar, keduanya tidak dibenarkan untuk menaiki gelongsor tersebut. Kasihan juga saya pada mereka. Saya telah mencadangkan awal-awal lagi, ketika masih di rumah, supaya tidak memakai seluar sukan dan memberikan kepada mereka seluar yang lebih sesuai, namun ditolak oleh mereka.

Saya sendiri tidak terfikir mengenainya, mungkin sebab sudah agak lama kami tidak bercuti ke tempat seperti ini.
 
 







 
Ada lagi tempat mandi yang menarik, termasuklah kolam air panas, tetapi kami tidak sempat merakam gambar.

Selepas puas mandi, Farah dan Nadia melihat haiwan di zoo pula. Saya dan Adina terus berendam di kolam.










Selepas menukar pakaian, Adina dan Nadia meluangkan masa bermain di Amusement Park



 
 


Sebelum meninggalkan tempat ini, kami merakamkan beberapa keping gambar....


 
Tiket kami membolehkan kami bersantai di spa, tetapi spa ini hanya dibuka jam 6.00 petang. Kami tidak mahu berlama-lama di sini kerana perlu check-in di Ipoh.



Friday, January 4, 2013

Adilah Homestay, Seri Iskandar

Hampir setiap kali mahu menghantar Adina balik ke kolejnya, kalau kami tidak mengambil kesempatan untuk bercuti di sekitar Negeri Perak, kami tetap akan menginap satu malam sama ada di hotel atau di homestay yang berdekatan dengan kolej. 

Pernah sekali kami menginap di Hotel Putra Iskandar, bilik untuk bertiga. Biliknya boleh tahan, sesuai untuk tidur dan merehatkan badan, namun untuk melepak lama-lama dan makan di dalam bilik, tidak begitu sesuai disebabkan ruangnya yang agak sempit.

Suami lebih suka kami tinggal di homestay @ rumah tamu. Dengan kos yang sama, kami boleh menyewa satu unit rumah dua bilik atau kalau bernasib baik boleh dapat rumah tiga bilik.

30 Disember yang lepas, kami menginap di Adilah Rumah Tamu.

Mulanya saya menghubungi pemilik Nayli Homestay untuk menyewa homestay tersebut di Bandar Universiti Seri Iskandar. Sudah dua kali kami menginap di situ. Puan Rosnani memaklumkan homestay tu sudah ada yang menempahnya. Saya tahu ada satu lagi Nayli Homestay berdekatan dengan UiTM, tetapi harganya mahal sedikit sebab ada 3 bilik. Memandangkan ahli keluarga kali ini tidak ramai, saya menganggap tidak perlu untuk menyewa 3 bilik.

Mungkin kerana sudah "kenal", Rosnani menawarkan kami rumah 3 bilik itu dengan kadar sewa yang sama dengan rumah 2 bilik di Bandar U.

Rupanya nama homestay tu adalah Adilah Rumah Tamu, terletak di Persiaran Iskandar Perdana, Bandar Teknologi Seri Iskandar.



 




Bilik utama, ada kipas siling dan pendingin hawa. Saiz bilik ni memang luas, boleh bentang toto besar di lantai sekiranya ada anak-anak kecil yang mahu tidur bersama. Ada almari pakaian tiga pintu, seterika dan ironing board. Ada toto dan selimut dalam almari, boleh diambil dan digunakan sekiranya perlu. Juga ada bilik air sendiri.



Bilik kedua menempatkan satu katil bujang. Ada kipas siling. 


Bilik ketiga.


 Di dapur ini disediakan peralatan memasak. Sesiapa yang rajin, bolehlah membeli bahan-bahan mentah untuk dimasak. Saya tidak pernah lagi memasak di mana-mana homestay. Saya mahu merehatkan badan.

Ada satu bilik air berdekatan dengan dapur. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan keadaan rumah tamu ini. Memanglah tidak secantik kediaman sendiri, namun untuk menginap satu atau dua malam atas urusan sebegini, tempat ini adalah memadai.

Pertama kali berurusan dengan Puan Rosnani melalui telefon adalah ketika mahu menghantar Adina mendaftar untuk semester pertama Jun 2012 di UiTM. Beliau meminta saya memasukkan deposit sewa ke dalam akaun BSN miliknya. Menurutnya beliau pernah melalui pengalaman menerima tempahan namun tiba hari yang dijanjikan, orang tersebut tidak datang sedangkan ramai lagi yang menghubunginya sebelum itu untuk menempah homestaynya.

Mulanya saya terasa hati bila dia memberi saya "dateline" untuk memasukkan wang ke akaunnya. Sudahlah saya sibuk di pejabat, BSN pula jauh. Namun untuk mempastikan saya ada tempat tinggal semasa urusan pendaftaran Adina nanti, saya luangkan masa berkejar ke BSN.

Itu hanyalah untuk kali pertama sahaja. Untuk tempahan seterusnya, urusan menjadi lebih mudah,  adakalanya Rosnani hanya datang ketika kami mahu check-out, malah untuk kali ini, oleh kerana 30 Disember 2012 adalah hari bekerja, Rosnani hanya minta saya tinggalkan duit sewa di rumah. Beliau akan datang mengambil selepas habis waktu pejabat. Semuanya atas dasar kejujuran.....



Tuesday, January 1, 2013

Nayli Homestay, Bandar Universiti Seri Iskandar

 




Dah lama saya nak tulis pasal homestay ni, manalah tahu boleh membantu sesiapa yang mencari homestay di sekitar UiTM Seri Iskandar. 

Bila anak kedua saya dapat tawaran belajar di UiTM Seri Iskandar dan perlu mendaftar seawal jam 8.00 pagi pada 2 Jun 2012, yang terlintas dalam fikiran saya adalah mencari tempat penginapan untuk bermalam. Sibuk la saya bertanya kawan-kawan yang tahu mengenai Seri Iskandar, mana hotel yang terdekat.

Hotel Putra....sudah penuh. Kalau tidak silap saya itulah satu-satunya hotel yang paling dekat dengan UiTM. Hotel lain banyak di Lumut dan Ipoh. Lumut ke Seri Iskandar mengambil masa dalam 1 jam. Begitu juga dengan Ipoh.

Dalam tercari-cari, seorang kawan mencadangkan agar menginap di homestay. Sewanya murah dan lebih selesa dibandingkan bilik hotel. Melalui laman web saya mencari-cari senarai homestay yang ada. Bagusnya laman web UiTM Seri Iskandar ini kerana memasukkan senarai hotel dan homestay yang berhampiran.

Empat lima homestay yang saya hubungi sudah penuh.

Akhirnya saya dapat homestay ini....Nayli Rumah Tamu di alamat 48, Jalan Bandar U8, Bandar Universiti Seri Iskandar. Jaraknya dengan kampus UiTM adalah dalam 5 minit perjalanan.


Ruang tamu yang bersambung dengan set meja makan.
Ini bilik utama, ada aircond dan kipas angin, juga sebuah almari pakaian.
Biliknya luas, boleh lagi kalau nak bentang toto saiz besar kat bawah untuk anak-anak tidur sebilik.

Rumah ini ada 3 bilik tapi satu bilik berkunci. Maknanya hanya dua bilik tidur yang boleh digunakan. Saya lupa mengambil gambar bilik kedua yang menempatkan dua katil bujang. Bilik ini tidak ada aircond tapi ada kipas siling.

Dapurnya juga agak luas. Ada peralatan memasak yang asas. Ada 2 bilik air, satu untuk mandi sahaja dan satu untuk "buang air".


Untuk makluman juga, rumah ini berdekatan dengan surau. Memang mudah kepada yang mahu solat  berjemaah di surau.

Sewanya RM130 untuk satu malam. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Puan Rosnani di talian yang tertera dalam gambar di atas.


Wednesday, December 19, 2012

Danial dapat 7A 1B dalam PMR. Alhamdulillah

Aku sedang berada di dalam kelas ketika Fara menghantar khidmat pesanan ringkas jam 12.19 tengahari memaklumkan anak bujangku, Muhammad Danial berjaya mendapat 7A1B. Syukur ALHAMDULILLAH....Terima kasih ALLAH kerana menganugerahkan kejayaan ini kepada kami.

Demi ALLAH, aku memang tidak menduga anakku mampu mencapai keputusan sebegini. 

Aku seakan putus harapan bila melihat Muhammad Danial tidak bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajarannya ketika menjelang hari peperiksaan. Dia tak mampu meninggalkan ketagihannya bermain game di internet. Malah sampai lewat malam dia bermain sedangkan esok pagi dia akan menduduki peperiksaan.

Aku dan suami tidak mahu menghalang minatnya. Barangkali dia mahu melepaskan tekanan selepas penat belajar. Mulutku tidak berhenti memberi nasihat, malah mengingatkannya supaya segera tidur. Aku tahu kelemahanku dalam mengawal anak-anakku. Begitu juga dengan suami. Kami lebih banyak membiarkan mereka melakukan apa yang mereka sukai.

Aku tahu Muhammad Danial seorang anak yang cerdik. Ketika UPSR pun dia mampu mendapat 5A (ALHAMDULILLAH). Atas sebab itulah sebagai ibu, aku sangat mengharapkan dia akan meneruskan kecemerlangannya. Ketika di tingkatan 2 aku dapat melihat pencapaiannya yang semakin merosot. Keadaan ini berterusan hingga di tingkatan 3.

Peperiksaan percubaannya juga begitu menghampakan.

Namun aku tidak malu untuk memohon daripada ALLAH agar anakku ini diberi kejayaan. Sebagai ibu aku sudah cuba berusaha dengan cara memberi nasihat dan kata-kata perangsang.

Barangkali betul apa yang selalu diperkatakan orang. Beza anak lelaki dengan anak perempuan. Anak perempuan memang ralit mengulangkaji pelajaran, rajin membaca buku. Anak lelaki pula, walaupun kelihatan seperti kurang mengulangkaji, daya ingatannya kuat. Apa yang dipelajarinya selama ini tersemat di ingatan, dengan kata lain : kuat ingatan.

Hmmm....aku sedar yang Muhammad Danial sendiri "takut" untuk menunggu keputusan PMRnya itu. Dan dia sendiri tidak menduga dia akan berjaya sekalipun mendapat B dalam Matematik.

Sekali lagi Syukur ALHAMDULILLAH.