Slip ubat Nadia |
Saturday, June 22, 2013
Cuti-cuti Jakarta dan Bandung 1
Dah lama nak tulis pasal percutian ini, namun tidak ada kesempatan....
30 Mei 2013
Seawal 4.50 pagi kami sudah tiba di KLIA. Asalnya pihak agensi pelancongan (POTO Travel) meminta kami berkumpul pada jam 5.30 pagi. Lewat malam saya menerima sms meminta kami berada di KLIA jam 5.15 pagi.
Mujur anak-anak senang nak bangun awal, kecuali Danial yang tidur lewat kerana bermain game di komputer, jadi terpisat-pisat la nak membuka matanya.
Sesampainya kami di kaunter A7, baru ada sepasang suami-isteri sedang meletakkan beg pakaiannya di situ. Kiranya kami grup kedua yang sampai. Selepas mendaftar nama dengan petugas Poto Travel, kami bersarapan di McDonald.

Di dalam kapalterbang, kami mendapat tempat duduk yang berasingan. Danial duduk di depan saya, di tepi laluan bersama sepasang suami isteri, pasangan muda, yang pertama sampai di kaunter pagi tadi. Adina pula duduk di depan Danial, di tepi laluan juga, bersama sepasang suami isteri yang juga sama grup dengan kami. Nampak anak-anak saya tidak begitu gembira kerana terpaksa duduk berjauhan dari saya. Saya duduk di belakang Danial, dengan Nadya di tengah dan Farah di tepi tingkap.
Kapalterbang berlepas jam 8.10 pagi. Belum berapa minit di udara, hidangan sampai. Danial tidak mahu makan dengan alasan - pening. Saya lebih memikirkan yang dia tidak gembira. Ya la, selepas hampir 10 tahun tidak menaiki kapalterbang, tak mustahil dia merasa takut atau paling tidak, sedikit gentar, lebih-lebih lagi bila kapalterbang bergegar di udara.
Selamat tiba di lapangan terbang Soekarno Hatta, Jakarta. |
Bas yang membawa kami sepanjang percutian ini. |
Perjalanan menuju ke Bandung.... Hampir semuanya tertidur. Manakan tidak...seawal jam 2 - 3 pagi sudah bangun daripada tidur untuk ke KLIA. |
Label:
Cuti-cuti,
Keluargaku sayang
Sunday, June 16, 2013
Petua untuk penghidap cacar air @ chicken pox
Bila anak-anak dah kena cacar air, saya mencari maklumat cara-cara untuk menangani penyakit ini, khususnya untuk menghilangkan parut cacar air dengan lebih cepat.
Ini adalah petua yang saya perolehi daripada beberapa blog. Kebanyakannya memberi petua yang sama atau hampir-hampir sama.
Petua menghilangkan parut cacar:
1. Jangan makan kicap!
2. Sapukan bahagian dalam kulit pisang pada bekas cacar. Lendir pada kulit pisang dipercayai boleh menyembuhkan parut tersebut. Amalkan setiap hari. Manakala pada tanda hitam, kisar kacang hijau sehingga menjadi debu dan sapu pada bahagian tersebut seperti bedak.
3. Parut sebiji jagung muda sehingga lumat dan sapukan pada bekas campak. Amalkan selama beberapa hari.
4. Gosokkan isi tomato pada muka dan dibiarkan seketika sebelum mencuci.
5. Menggunakan losyen atau gel yang mengandungi vitamin E atau produk menghilangkan parut yang ada dijual di farmasi. Antara jenama yang disarankan : bio oil, gel vitamin E jenama organic aid dan krim mederma - untuk disapu dibahagian parut.
6. Makan vitamin E, tetapi perlu dirujuk kepada doktor / pakar perubatan terlebih dulu.
7. Tumbuk kulit kayu manis sampai hancur seperti serbuk, bancuh dengan air biasa, jangan terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut.
8. Lumur asam jawa pada parut, biar sampai kering. Yang ni akan rasa sedikit pedih. Setelah kering bilas dengan air.
Ini satu lagi blog tentang penyakit cacar air.
Terima kasih kepada tuanpunya blog yang sudi memberi maklumat untuk dikongsi bersama.
Label:
Keluargaku sayang,
Kongsi ilmu
Anak-anak kena chicken pox
Ketika Nadia diserang cacar air, ramai yang mengatakan akan ada adik-beradik lain yang akan mendapat penyakit yang sama. Saya sendiri memikirkan perkara yang sama.
Dan....selepas hampir dua minggu Nadia mendapat cacar air, Farah mula demam. Dia tidak memberitahu saya. Kebetulan saya sangat letih. Saya memintanya masak untuk makan malam. Bila melihat salah satu hasil masakannya, saya menegur Farah.
Saya menegurnya untuk kali kedua dan saya tahu Farah berkecil hati. Silap saya juga, sepatutnya saya memberitahu cara memasak yang betul, bukan merendahkan hasil masakannya.
Seperti selalunya, Farah jarang makan malam. Alasannya dia baru makan sebelum saya sampai di rumah, biasanya jam 5 petang dia akan makan.
Malam tu dia berkurung saja di biliknya. Saya mengandaikan dia merajuk dengan saya dan saya hanya membiarkan.
Esoknya, pulang dari kerja, Farah memberitahu yang badannya ditumbuhi bintik-bintik merah. Sah la yang Farah mendapat cacar air. Lepas makan malam saya dan hb membawanya ke klinik.
Tengahari Jumaat 14 Jun 2013, Farah sms memberitahu yang Danial baru menelefonnya. Dia demam hari Rabu dan Khamis (sama seperti Farah) dan pagi Jumaat tu baru dia menyedari ada bintik-bintik merah di muka dan badannya. Warden asrama akan membawanya ke klinik selepas solat Jumaat dan sekiranya dia disahkan menghidap cacar air, maka saya perlu membawanya pulang ke rumah.
Petang itu dari pejabat saya dan hb terus ke asrama Danial untuk membawanya pulang.
Antara Farah dan Danial, nampaknya Farah yang lebih teruk keadaannya. Mukanya penuh dengan bintik-bintik merah sehingga rupanya menjadi lain. Di kelopak mata pun ada malah di dalam mulut lagi banyak. Keadaan ini membuatkan mulutnya merasa pedih, tekaknya sakit dan sukar untuk menelan makanan.
Jika Nadia sebelum ini masih berselera untuk makan, begitu juga dengan Danial. Danial juga masih boleh ketawa dan berjam-jam menghadap komputer, sedangkan Farah hanya terbaring kelesuan.
Tugas saya....sebagai emak, tentulah menjadi tanggungjawab saya memastikan hidangan yang disediakan sesuai dengan keadaan mereka yang tidak sihat. Tidak ada telur, tidak ada ikan yang 'gatal' dan tidak ada makanan laut. Begitu juga dengan kicap, salah satu kepantangan untuk penghidap cacar air.
Untuk Farah saya masakkan bubur nasi. Kesukarannya untuk menelan makanan membuatkannya tiada pilihan untuk makan selain bubur. Saya gorengkan ayam dan siat kecil-kecil.
Saya juga memberi mereka minum air kelapa. Orang kata untuk 'mengeluarkan' semua cacar yang ada.
Nampaknya anak kedua saya Adina, yang jauh di Seri Iskandar, Perak masih selamat.
Menariknya dua hari lepas, seorang rakan sepejabat bercerita.... Dalam satu masa akan hanya tiga ahli keluarga yang diserang cacar air. Tidak akan berlaku lebih daripada jumlah itu. Maknanya ahli keluarga lain yang belum pernah mendapat cacar air tidak akan mendapat penyakit itu dalam tempoh masa yang sama.
Kalau pendapat ini benar, Adina tidak akan mendapat cacar air pada masa ini.
Label:
Keluargaku sayang
Subscribe to:
Posts (Atom)