Tuesday, April 26, 2011

Sekadar satu catatan........

26 April 2011, melepasi 7.00 petang....

Saya berada di Restoran Domino, Seksyen 9, BB Bangi dan sedang duduk menunggu pesanan saya siap, bila tiba-tiba seorang anak kecil yang saya kira usianya tidak lebih 2 tahun, membaling gumpalan kecil kertas ke arah saya. Balingan itu hanya kena pada lutut saya dan terus jatuh ke lantai. Saya tersenyum kepada anak kecil itu dan selepas itu tunduk melihat kertas tersebut....seperti slip pengeluaran wang dari bank. Saya tidak mengambilnya, memandangkan kertas itu telah renyuk seperti sampah.

Di luar jangkaan saya, bila siibu memarahi kanak-kanak tersebut dengan suara yang agak keras sambil memandang sekilas ke arah saya dengan raut muka yang serius.

Pada saya cukuplah kalau si ibu itu tersenyum dan berkata "maaf ya kak..." tanpa perlu memarahi anaknya dengan cara seolah-olah anak itu telah berusia 4 atau 5 tahun.

Sepanjang waktu menunggu, wanita tersebut tidak langsung memandang saya, sekali pun saya duduk begitu hampir dengannya dan muka kami saling berhadapan. Di sebelah kiri saya pula ada tiga orang gadis yang mungkin pelajar kolej atau universiti . Salah seorang gadis tersebut memandang saya sambil tersenyum sebelum mengambil tempat duduk.

Saya anggap wanita yang bersama anaknya itu seorang yang sangat pemalu.........



Sunday, March 20, 2011

Jalan-jalan ke Pulau Pinang

Selepas lebih 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Pulau Pinang, pertengahan tahun 2005 kami sekeluarga bercuti ke sana. Kami menempuh pengalaman yang agak tidak menggembirakan. Peringkat awal lagi kami mengalami kesukaran untuk mencari tempat penginapan yang kami tempah, 1 unit kondo 2 tingkat yang disediakan oleh majikan, khas untuk staf. Rupanya kedudukannya yang agak ke dalam membuatkan kami terlepas pandang.

Kami juga kerap tersesat jalan. Pada kami tunjuk arah yang disediakan tidak mencukupi. Bayangkan kami telah jumpa tunjuk arah untuk ke Bukit Bendera. Namun selepas beberapa lama perjalanan, kami tidak nampak lagi tunjuk arah. Kami kehilangan punca. Berpusing-pusing la kami mencarinya sehingga melepasi waktu yang kami rancangkan. 

Kalau perancangan awal kami sepatutnya meninggalkan Pulau Pinang jam 3 petang, jam 2.30 kami masih beratur menunggu giliran untuk menaiki tren ke Bukit Bendera!

Pengalaman itu membuatkan kami tidak ada keinginan lagi untuk ke sana, ditambah dengan pengakuan seorang kawan yang telah 5 tahun menetap di sana yang mengatakan sistem jalanrayanya kurang "menarik"........

Mac 2011, salah seorang ofismate hb mahu berkahwin dan menjemput kami datang. Hmm....kawan rapat takkan tak pergi kan? Tetapi bukan di pulau sebaliknya di Bukit Mertajam. Saya pun mencadangkan agar kami ke pulau dahulu, kemudian baru menghadiri kenduri sebelum bertolak balik ke Bangi.

Saya dan hb mengambil cuti 2 hari dan bertolak ke Pulau Pinang pada 17 Mac 2011. Kami menginap di Hotel Royal Penang. Seperti yang pernah kami alami 6 tahun yang lalu, beberapa kali kami tersesat jalan, terutamanya di waktu malam. Walau pun siangnya kami dah melalui tempat tersebut, bila kami mahu ke sana pada waktu malam, kami tersilap jalan lagi....

Petang hari pertama kami sampai, kami berjalan-jalan di gurney drive







Di lobi Hotel Royal Penang


Pagi ini kami berjalan-jalan ke pantai Batu Feringhi.



 Petangnya kami ke pasar Chowrasta.

 
 
Sebelum balik ke hotel, kami meronda-ronda, mencari lokasi Restoran Line Clear. Kalau kali pertama dulu kami tidak pergi ke restoran tersebut, kali ini teringinlah juga nak merasa nasi kandar yang selalu disebut-sebut orang.
Tak disangka-sangka kami tersesat. Dua kali pusing di kawasan itu masih tak jumpa. Masing-masing macam dah hilang mood.

Akhirnya jumpa juga.

 
Masuk je kedai ni, orang sedang beratur. Panjang la jugak. Kami pun ikut beratur. Bila dah semakin dekat....hmmm.....(Terus-terang, saya bukanlah peminat nasi kandar).



Bila melihat keadaan ini, selera saya hilang......Tapi memandangkan hb dan anak-anak tak ada masalah, saya teruskan juga.



Ni nasi dan lauk saya....saya memang peminat sotong sejak dari zaman kanak-kanak, sebab tu kolestrol dalam badan saya tinggi....


Pagi 19 Mac 2011.
Kami check-out jam 11 pagi dan terus bergerak ke Taman Kota Lama, sekadar melihat-lihat tempat orang.


 
 
 
 
 

Sekitar jam 12.15 kami bertolak ke rumah pengantin.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di sebuah restoran tidak jauh dari tol Changkat Jering untuk makan mi udang.

 
 
 





Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan di pantai Bagan Lalang

6 Mac 2011

Kami menerima jemputan menghadiri majlis perkahwinan salah seorang saudara kami yang tinggal berdekatan dengan pantai Bagan Lalang.

Selepas makan, saya, suami, dua orang anak dara kami dan dua orang anak saudara singgah di pantai.
Hanya beberapa minit kami berdiri di tepi pantai, sambil melihat air laut yang begitu jauh ke tengah, bagaikan tidak tercapai, dek cuaca yang begitu panas, ditambah dengan pakaian kami yang tidak begitu sesuai untuk bermain air laut.

Kami bergerak ke sebuah gerai yang menjual cucur udang dan minuman sejuk. Bukan lapar pun, sementelah baru saja makan nasi kenduri. Namun melihat cendol dan air batu campur, selera terus membuak-buak untuk menikmatinya.